Monday 30 December 2013

Thursday 26 December 2013

Keenam

SKIP BABAK YE... NNT SAMBUNG YG KAT SPITAL TU..


Berdiri di hadapan pejabat yang masih tertutup. Iman menarik nafas panjang. Cuba menenangkan hati yang gusar. Kecutnya perut untuk melapor diri di pejabat baru. Pada awalnya dia ingat, dia akan ditempatkan di Putrajaya atau di tengah kesesakan Kuala Lumpur tu, rupa-rupanya dia ditempatkan di Daerah Hulu Selangor. Tempat terpencil. Ada rasa gembira bertandang di hati Iman. Mujur saja Zurin ada di sini. Antara kawan baik sejak di sekolah menengah. Dia memanjat syukur ke hadrat Ilahi kerana dipermudahkan segala urusan perpindahannya. Zurin mempelawa dia untuk tinggal bersama kerana Zurin tinggal sendirian.

“Assalammualaikum….”
“Opocot mak kau!!!” Jerit Iman.. Terperanjat dengan ucapan salam yang diberi oleh seorang jejaka kacak plus segak plus sasa plus segala-galanya. Kalau dulu Iman Azri abangnya itu, kacak dimata dia, Ammar, sahabat baik abangnya pun kacak di mata dia, kini, adalagi yang super extra kacak dimata Iman Nur Addin.
“Mazhab mana yang awak ikut ni?” Soal jejaka itu. Berkerut dahinya melihat gadis manis ini yang terus terusan memandang wajahnya tanpa berkelip mata. Dia segera mengawang-ngawang tangannya di muka gadis itu. Masih tiada respon. Dia terus memetik jari di depan muka Iman.
Iman tersentak. Merah wajah apabila sedar diri telah ditangkap menikmati makhluk ciptaan tuhan yang paling indah. Dia menelan air liur yang semakin kering.

“Assalammualaikum….” Ucap jejaka itu lagi.
“Waalaikummussalam…” Balas Iman perlahan. Hati berdebar-debar.
Isk.. tak sedar diri sungguh aku ni. Lupa ke status kita… ujar hati. Cuba mengingatkan tuan punya hati.
“Awak cari siapa kat sini?”
“Saya dari perak…”
“Excuse me Cik, saya tanya awak cari siapa… bukan tanya awak dari mana?”
Bulat mata Iman memandang jejaka kacak plus segak plus sasa itu. Dia mengigit bibir.
Nak lawan atau nak cakap elok-elok? Soal hati pada tuan punya hati. OK.. hari pertamakan… be nice to everyone. Nekad dengan keputusan hati.
“Maaf Encik, saya tak tau nak cari siapa sebab hari ini hari pertama saya kena lapur diri kat pejabat ni. Tapi pejabat ni tutup lagi, so saya tunggu lah kat sini.” Terang IMan panjang lebar dan laju agar jejaka kacak plus segak plus sasa itu tidak lagi memotong percakapannya.
“Pejabat ni buka pukul 8.00 pagi, sekarang baru pukul 7.30 pagi.” Balas jejaka itu.
“Jom kita sarapan dulu. Nanti dah buka baru kita datang sini balik.”
Terlopong mulut IMan dengan pelawaan jejaka itu. JKSS ajak pergi breakfast together-gether. Oh My Heart! Terasa laju sahaja lidahnya menuturkan OK! Tapi.. macam mana kalau JKSS ni orang jahat, tak ke bahaya pada diri dia nanti. Berkerut-kerut dahi Iman memikirkan segala macam perkara hanya kerana jemputan SARAPAN BERSAMA-SAMA oleh JKSS. Singkatan untuk Jejaka kacak plus segak plus sasa yang di berikan oleh Iman.
“Cik, kalau cik nak berdiri kat sini je, tak pe lah.. saya nak pergi sarapan ye.. tapi hati-hati tau, sebab uncle tu tak berapa betul… dia suka kalau dapat jumpa perempuan yang berdiri sorang-sorang kat depan ofis ni…”
Segera Iman berpaling ke arah seorang lelaki cina yang agak berumur. Tersengih-sengih memandang ke arah IMan. Menunjukkan barisan gigi yang kehitaman. IMan menelan liur. Hati diserang rasa takut. Daripada dengan lelaki cina itu, baik dengan JKSS, lebih selamat. Laju Iman berpaling, mengekori JKSS yang sudah beberapa langkah di depan.
“Encik..” laung Iman. JKSS berpaling. Senyum.
Ikut pun.. tahu takut.. getus hati kecil si JKSS.
JKSS berhenti di depan sebuah kedai mamak, selang beberapa buah kedai dari pejabat tadi. IMan sekadar mengikut. Duduk di meja yang sama. JKSS memesan teh tarik 2, roti kosong 2.
Banyaknya makan. Hati Iman berkata-kata. Belum sempat Iman membuat pesanan, mamat bangla terus berlalu.
“Lah.. orang nak order jugak..” ujar Iman perlahan. Takkan nak panggil lagi kut. Kedai mamak ni ramai jugak pelanggannya. Malu pulak nak panggil mamat-mamat bangla lain. Sudahnya IMan diam sahaja. Nanti pesanan JKSS sampai, dia orderlah untuk diri dia pulak.
“Saya dah order tadikan… tak minum teh tarik ke? Tak makan roti canai ke? Ke tak cukup roti tu sekeping? Kalau tak cukup saya tambahkan lagi..” ujar JKSS
“Eh.. cukup.. cukup.. cukup…” balas Iman laju. Kut ye pun, Tanya lah tuan punya badan dulu.. suka-suka hati dia je order untuk orang. Membebel-bebel hati IMan Nur Addin.

“Bila sampai dari Perak?” soal JKSS, memecah suasana sunyi di antara mereka.
“Dua hari lepas.”
“Duduk kat mana kat sini?” soal JKSS lagi.
“Bukit Beruntung…”
“Duduk dengan siapa?”
“Kawan..”
“Datang naik apa tadi?”
“Kawan hantar..”
“Awak tak boleh drive ke?” Eh.. JKSS ni, lebih-lebih pulak. Dah mengalahkan Bos yang bakal ditemuinya nanti. IMan mengerutkan dahi. Rasa macam tak nak jawab je. Dia sekadar senyum nipis, melepaskan pandang ke arah jalan raya yang tenang. Langsung tidak sesak. Aman matanya menikmati suasana begitu.

Dalam pada Iman menikmati suasana sekitar, Qhaliff Adam aka JKSS meneliti wajah manis gadis di hadapannya ini. Dia tahu tentang gadis ini. Dia telah pun dimaklumkan bahawa seorang Penolong Pegawai akan ditukarkan ke sini bagi menggantikan pegawai yang telah pun bersara. IMan NUr Addin, nama itu meniti dibibirnya sejak seminggu yang lalu. Sepatutnya Iman lapur diri minggu lepas lagi tapi gadis manis ini minta penangguhan atas beberapa urusan. Status IMan yang menarik dia terus mencari maklumat gadis berkenaan. BUkan sukar untuk mencari maklumat sekiranya berada dalam satu jabatan yang sama.

Qhaliff memandang wajah manis yang dihiasi dengan mata yang cantik, bola mata hitam coklat itu, hidung yang tidak terlalu mancung dan bibir yang merah dan basah itu. Kulit yang putih mulus. Alangkah sempurnanya ciptaan Ilahi ini.

Pesanan sampai juga akhirnya. Qhaliff menadah tangan, membaca doa makan. IMan sekadar mengikut dan mengaminkannya.
“Makanlah, tak cukup nanti, saya order lagi.” Ujar Qhalif.. lembut.
Iman terkedu. Oh My Heart… kenapalah hati ini cair dengan JKSS ni. Keluh Iman. Jangan main2 hati, ntah laki orang ke, boifren orang ke.. tunang orang ke… sesedap ajinomoto aje kau nak cair ye… 
“Cukup.. cuma, teh tarik ni dorang guna serbuk teh apa ye?”
Apa punya soalan ni. Cebisan roti di tangan tak sempat sampai ke mulut Qhaliff. Dia salah dengar ke, 30 tahun hidup dimuka bumi Allah ini, belum pernah lagi dia mendengar soalan demikian. Setinggi-tinggi dia belajar, belum lagi dia berusaha untuk mengambil tahu jenis teh yang digunakan di kedai-kedai mamak atau dimana-mana jua.
“Kenapa?” Layan ajelah Qhaliff..
“Saya tak tahan dengan sesetengah jenis teh, nanti tak pasal-pasal kepala saya pusing n tekak saya loya. Sebab tu saya selalu order Nescafe kalau minum kat luar.” Hah!! Amik kau, lain kali Tanyalah dulu.. jangan sesedap rasa je order. Walaupun kau JKSS pada ku, belum tentu pilihan mu menjadi pilihan ku jua… Hati didalam mengekek ketawakan JKSS. Wajah masih mempamerkan riak yang manis. Begitu sepakat hati dan riak wajah.
“Kalau macam tu, kita order lain lah… “ Qhaliff segera memanggil mamat bangla.
“Nescafe ‘O’ ais ye… “ Order Iman.
“No! Nescafe suam aje.. budak kecik tak boleh minum ais pagi-pagi ni… “ Balas Qhaliff. Mamat bangla berlalu dengan senyuman.
IMan menegakkan badan. Isk.. kena jugak si JKSS ni karang..
“apa salahnya, orang dah biasa lah… suka suka hati dia je nak tukar air orang…” hah.. lepas pun kata-kata hati.
Qhaliff sekadar senyum. Lepas laku pun kau ye.. dari tadi dok control ayu… hati Qhaliff pula berkata-kata.
“Tak salah, tapi tak elok… cepat makan, dah dekat pukul 8 pagi ni, karang awak lambat masuk pejabat, bos baru awak mengamuk, baru awak tau” ugut Qhaliff bila Iman masih mencebik mulut kerana dipaksa minum nescafe O suam yang sudah sampai.

Iman menjulingkan mata ke atas… sibuk.. macam dia kenal bos baru aku.
Roti canai yang hampir sejuk itu disuapkan jua ke mulutnya. Dia perasan, jam sudah pun menunjukkan pukul 7.50 pagi. Lagi 10 minit pintu pejabat barunya akan dibuka. Serta merta perutnya menjadi sebu bila mengingatkan bos baru, pejabat baru, suasana baru. Roti sekeping itu pun tak dapat dihabiskannya. Nescafe O panas dihirup perlahan. Sebab itu dia tak suka order suam-suam ni, mamat bangla ni bukan faham pun, dorang Cuma faham ais dan panas. Mintak suam mesti sampai yang panas. IMan menolak ketepi piring yang masih berbaki roti kosong. Qhaliff mengerutkan dahi.
“Kenapa? Tak sedap ke?” Soalnya hairan. Setahu dia, inilah kedai roti canai yang paling sedap di area sini.
“Sedap.. tapi tak boleh masuk.” Balas Iman.
“Nak order yang lain ke?” Soal Qhaliff lagi. Simpati pula dia melihat wajah manis yang tiba-tiba menjadi keruh. Takkan tak dapat nescafe ais terus mogok tak mau makan kut.
IMan sekadar menggelengkan kepala. Piring roti yang masih berbaki, ditarik Qhaliff. Segera dia mencarik-carik roti tersebut lalu disuap ke mulutnya. Membazir bukan amalan dia. IMan terkedu lagi, JKSS makan lebihan roti canai dia. Oh My Heart… hati cair lagi… JKSS, please lah… janganlah buat begini… rayu hati.. Asyik dia memandang si JKSS menghabiskan roti dan teh tarik 2 gelas. Pandangan indah yang diberikan Ilahi ini amat disyukurinya. Oh My Heart….

“Jom…” tersentak Iman apabila Qhaliff bersuara. Iman bangun, mengekori JKSS. Eh, dah bayar ke? Iman pusing belakang, nak pergi kaunter untuk bayar makanannya. Belum sempat dia melangkah, JKSS menarik lengan baju kurungnya.
“Nak kemana?” Soal Qhaliff.
“Bayarlah.. awak dah bayar saya punya sekali ke?”
Qhaliff mengurut kening, memejamkan mata. Budak kecik manis ni, mengapalah….
Dia bercekak pinggang, menarik nafas, mengurut misai halusnya, memandang tepat kea rah Iman. Iman membalas pandang. Riak muka bertanya, APA?
“Dah, saya dah bayar saya punya dan awak punya sekali. Jom, nanti awak lambat.” Sehabis lembut Qhaliff menutur kata, agar tidak terkeluar nada marah dengan kenaifan si budak kecik manis itu.

Have I told you lately that I love you , Have I told you there’s no one else…  
Lirik lagu itu berkumandang sayup. Qhaliff mengeluarkan Iphone dari poket seluarnya lalu menjawab panggilan itu. Perghhh… jiwang suit… hati Iman memberi komen. Bibir IMan mengukir senyum. Salah satu lagu favourite dia. Lentok kalau dengar.
“Yup…”
“Ok… I will be there..”
“Thank you…”
Qhaliff masukkan kembali Iphone ke dalam kocek seluar. Berpusing memandang IMan.
“Pejabat dah bukak, masuklah…” Arah Qhaliff.
IMan teragak-agak. Takut tak payah nak kata. Kecut perut tak tau nak cerita. Lambat-lambat dia menolak daun pintu pejabat.
“Saya masuk dulu ye, terima kasih sebab belanja saya. Kalau ada peluang nanti, saya belanja awak pulak ye..” Ujar Iman. Hati berat hendaklah melepaskan si JKSS. Bila lagilah dapat bertemu. Oh My Heart… rasa sayu… boleh bagi contact number tak? Eh… ingat bibir berani, rupanya tidak. Hanya hati yang berkata-kata.
Qhaliff sekadar tersenyum, menganggukkan kepala. Berlalu meninggalkan budak kecik manis yang mula mendapat tempat di hati.

Kelima

Wajah Iman ditatapi dengan penuh rasa... Ada sejalur rasa kasih melintasi hatinya. Wajah comel itu seakan sudah terpahat di hatinya. Ingin sekali dia mengusap pipi gebu milik Iman Nur Addin.
Kalaulah dia hak milik aku yang sah... getus hati kecil Ammar.

"Iman,.. " Ammar memanggil perlahan, Mengejutkan gadis kecil dari lena. Ditinggalkan sebentar untuk mencari hidangan makan tengahari untuk kedua anak beranak itu, sekembalinya dia, kedua-dua nya telah lena.
"Iman.." Ammar menguatkan sedikit intonasi suaranya. Namun masih belum ada respon dari Iman. Ammar mencuit hidung Iman. Terasa sentuhan dihidungnya, Iman membuka mata. Terpandang wajah Ammar yang tersenyum manis. Iman membalas senyuman Ammar, mengangkat kepala dari birai katil lalu mengeliat. Ammar tersentak dengan perilaku gadis muda ini. Tanpa segan silu Iman Nur Addin mengeliat.
"Kenapa?" Soal Iman kepada Ammar.
"Makanlah dulu.. nanti perut masuk angin."
Iman hanya menggeleng, lalu meletakkan kembali wajah ke birai katil, menghadap ke Ammar.
"Makanlah sikit. Saya beli nasi goreng ni.. sedap tau.." Pujuk Ammar lagi. Ammar Hakim yang sakit atau Iman Nur Addin ni.
"Tak nak lah.. malas nak makan.. letih nak suap.."
Ternganga mulut Ammar dengan jawapan dari IMan. Ammar mengurut dagu sambil tersenyum. Dia menarik sebuah kerusi dan duduk disebelah IMan.
"Ammar suap nak?" Ujarnya. Mencuba nasib, kut-kut IMan setuju. Dapat juga dia memanjakan gadis yang mula mendapat tempat di hati. Nak suap Ammar Hakimi, hero tu masih lena tidur.
IMan sekadar mengangguk tapi tetap tidak membuka mata dan mengangkat kepalanya. Ammar bersorak kegirangan dalam hati. Mudahnya gadis ini. Janganlah dia mudah dengan orang yang lain juga.

"BUkalah mata sayang, mcm mana nak suap, kalau masih letak muka kat situ.." Pujuk Ammar lagi.
IMan mengangkat kepala malas, menongkat kepala dengan tangan dan hanya membuka mata sedikit.
"IMan letih tau.." adu gadis itu lagi. Ammar ingin gelak dengan gaya manja IMan.
"Abang suap, Iman bukak mulut je.." pujuk Ammar lagi.
IMan membuka mulutnya dan terus menutup matanya lagi. Masuk sahaja sudu yang berisi nasi goreng ke dalam mulutnya, dia merebahkan kembali kepala dibirai katil sambil mengunyah perlahan nasi goreng itu. Ammar hanya menggelengkan kepala. Manja. I like!! bisik hati Ammar.
Sesi suap sambil pejam mata.


* tak sempat habis... :-) nnt sambung..

Sunday 6 October 2013

Keempat

Ammar Hakimi mengekek ketawa. Lucu betul pada pandangannya apabila umminya menangis lagi.
"Ummi..." panggilnya sambil menyapu air mata yang mengalir dipipi Iman.
"Mata ummi dah macam mata ultraman lah..."
semakin deras air mata Iman mengalir. Terletus tawa besar dari Dr. Azam dan Ammar.
Iman mengetap gigi, menahan marah dan malu. Keletah hero kecilnya kadang-kadang bisa saja membuat darahnya naik. Malu pulak dengan doktor muda yang kacak dan Amnar, si jejaka handsome.

"Puan tak perlu risau apa-apa, saya cuma mengikut prosedur sahaja.. untuk kes-kes yang begini, saya perlu pantau keadaan pesakit untuk satu hari. sekiranya Ammar Hakimi tak muntah, sakit perut atau cirit-birit sepanjang dia di wad, esok pagi saya discharge kan dia..." Dr Azam berusaha menenangkan ibu muda di hadapan nya itu.

"Puan ikut nurse ni ke wad ye.." seorang nurse tersenyum ke arah Iman. Lucu dirasakannya apabila seorang gadis menangis anak di masukkan ke wad tetapi anaknya bersuka ria...
"Saya boleh temankan dia ke?" soal Iman mohon kepastian.
"Boleh, untuk kanak-kanak dibawah 12 tahun, ibu atau bapa perlu ada menemaninya..." terang Dr Azman lagi.
"Adik, mari ikut kakak ye... sakit tak ambil darah tadi?" soal nurse yang bernama Adibah kepada Ammar Hakimi.
"Tak... rasa macam kena gigit semut je... yg nangis tadi bukan saya, tapi ummi ni...."
Terletus lagi tawa dari Dr Azam dan Ammar dengan jawapan hero kecil. Nurse Adibah turut ketawa sama.
Dia segera memimpin tangan Ammar Hakimi. Pasti shif bertugas kali ini dia akan ceria dengan keletah Ammar Hakimi.

"Ok lah doktor... terima kasih ye, saya harap tak de apa-apa dengan Ammar Hakimi." Ammar menghulur tangan untuk bersalam dengan doktor muda itu.
"In Shaa Allah... seperti yang saya katakan tadi, sekiranya dia tidak muntah, sakit perut dan cirit birit lagi, maknanya dia hanya salah makan sahaja so tak perlu dibedah untuk apendiks."
"Puan, sila ikut nurse ye... Jangan risau, in shaa Allah, anak puan takkan apa-apa.." Dr Azam cuba menenangkan Iman. Masih bersisa air matanya.
"Terima kasih doktor.." ucap Iman. Dia segera berlalu meninggalkan bilik rawatan. Berjalan seiring dengan Ammar mengikut langkah hero kecil bersama Nurse yang mula disenanginya.

"Iman... " Iman mendongakkan wajah, memandang Ammar.
"Perlukan apa-apa ke?" soal Ammar. Cuba memberi seberapa banyak pertolongan yang diperlukan oleh gadis ini.
"Tak ada apa kut... saya cuma nak call along, bagitau yang Ammar kena masuk wad jugak.. Nak mintak tolong kak yong bawak barang keperluan saya" lemah bunyi suaranya.
"Dah tengahari ni, Iman tak lapar ke? Saya belikan lunch ye... Iman nak makan apa? Ammar tu saya belikan bubur nasi nanti..."
"Tak yah lah awak... Saya tak rasa nak makan... serabut kepala..."
"Jangan macam tu.. Ammar perlukan awak...  kalau awak sakit macam mana.. nanti siapa nak tunggu, takkan Ammar Hakimi nak tunggu pulak?.." Ammar cuba memujuk.
Iman hanya menunduk, menarik nafas sedalam-dalamnya. Ada benarnya kata-kata Ammar. Tapi.. entahlah,
Seleranya benar-benar mati. Masalah yang datang bertimpa-timpa semakin membebankan kepalanya.

Sampai saja di wad 5D, Ammar Hakimi disambut oleh beberapa orang jururawat lagi, yang bersedia untuk menimbang beratnya. Ada juga yang curi-curi memandang pasangan yang masuk bersama Nurse Adibah. Ada yang berbisik sesama sendiri. Patut lah comel anaknya, mak bapak nye pun cantik dan handsome.
Iman sekadar tersenyum bila bisikan itu menampar cuping telinganya. Biarlah.. tiada apa yang perlu dijelaskan. Sekiranya Ammar juga mendengar dan terasa hati, biarlah dia yang menjelaskan kepada nurse-nurse muda itu. Namun, Ammar juga mengambil tindakan yang sama, hanya mempamerkan senyuman manis untuk mereka.

"Ok.. adik duduk bilik ni ye.. katil hujung ni..." Hero kecil segera ingin memanjat katil hospital itu tanpa rasa takut. Ketinggian yang masih tidak cukup agak menyukarkannya. Ammar membantu hero kecil itu. Iman menarik kerusi, duduk melepaskan lelah.

"Iman, saya turun sekejap ye... awak rehat sini ye..."
"Darling... nak makan apa-apa tak?" Iman memandang Ammar Hakimi.
Tersentak seketika Ammar.

Ketiga

"Saya tak peduli bang.. Ammar mesti ikut kata saya." Ujar Datin Aishah.
"Kalau dia tak ikut macam mana? kesian kat Islah nanti.. " Balas Dato' Rahman
Bukan dia tidak setuju dengan rancangan isterinya tetapi anak teruna mereka yang seorang itu boleh tahan jugak degilnya. Yang pasti kedegilan itu datangnya dari mamanya. Namun, Dato' Rahman akui, dalam degil-degil anak terunanya, setiap kata akhir isterinya pasti dipatuhi. Suka atau tidak, Ammar pasti akan patuh. Tapi.. tetap ada kegusaran dihati Dato' Rahman. Ini soal hidup Ammar, soal teman hidup sepanjang hayat Ammar. Jika yang dipilih tidak mendapat tempat dihatinya, bagaimana?

Dia tahu, gadis yang dipilih bukan calang-calang orangnya, bak kata orang, berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Beragama, ada rupa, berkelulusan tinggi, berkerjaya, anak orang-orang baik Apalagi yang dicari sekiranya Islah mempunyai pakej yang lengkap. Ammar sepatutnya berterima kasih kepada mamanya. Ammar sepatutnya menghargai kesudian Islah menerima dirinya seadanya. Sepatutnya... tapi itu kata mereka, bukan kata Ammar. Itu yang dirisaukan oleh Dato' Rahman.

"Bulan depan anniversary kita kan bang?" Soal Datin Aishah.
Dato' Rahman sekadar menggangguk, menunggu ayat seterusnya dari Datin Aishah.
"Kita buat majlis kesyukuran terus umumkan pertunangan Ammar dan Islah."
Terdiam seketika Dato' Rahman dengan cadangan isterinya.
"Isk.. jangan macam tu lah Cah... nanti kalau Ammar menolak, kesian kat keluarga Zali. Malu dorang nanti." Dato' Rahman cuba berdiplomasi dengan Datin Aishah.
"Cah yakin, Ammar tak kan buat macam tu. Cah kenal anak Cah... In Shaa Allah..."
Apalagi yang boleh dikatakan bila kata putus telah diambil.

"Ammar kemana?" Soal Dato Rahman.
"Ke Perak. Jumpa kawannya."
"Macam mana kalau dia jumpa seseorang di sana.. " Usik Dato' Rahman.
"Dah terlambat bang... 2 minggu je lagi... 1hb kan anniversary kita..." balas Datin Aishah. Usikan Dato' Rahman tidak berhasil. Dato' Rahman pula yang terlopong. Bijak sungguh isterinya menyusun rancangan.

"Cah dah bincang dengan Zali dan isterinya ke? Islah dah tau?"
"Dah.. semalam..."
"Dorang setuju ke?"
"Setuju.... "
Dato Rahman menarik nafas panjang. Terselit rasa tidak puas hati dengan tindakan isterinya. Kenapa dia tidak dimaklumkan terlebih dahulu. Dia juga mengenali Dato' Ghazali dan Datin Norma. Mereka sudah saling mengenali sejak zaman universiti lagi.

"Cah bukan tak nak bincang dengan abang... kebetulan, cah jumpa dorang kat butik Norma.. Zali ada, Islah pun ada, Cah terus tanya, tak sangka pulak dorang terus setuju. Bila Cah cakap nak buat surprise untuk Ammar masa anniversary kita nanti, dorang setuju je..."

"Dorang tak risau ke kalau Ammar menolak?" hairan Dato' Rahman dengan keluarga kawannya itu. Ini soal nikah kahwin, bukan soal sign agreement untuk jadi partner dalam bisnes.
"Islah kata, apa sahaja keputusan Ammar dia akan terima. Cah pelik juga mulanya, tapi, dah tuan punya badan kata ok.. kita nak kata apa..."
"Dah tu, merisik di butik aje lah ye?" Soal Dato' Rahman.
Datin Aishah sekadar tersenyum.

Saturday 5 October 2013

Kedua

"Assalammualaikum..... mama.. papa" jerit Ammar Hakimi dimuka pintu rumah mama dan papanya. Iman sekadar tersenyum dengan tingkah hero dihatinya itu. Tanpa menunggu jawapan salam, Iman dan Ammar terus sahaja masuk dan menuju ke ruang dapur.
"Mama masak apa hari ni?" soal hero kecil kepada Anisah, ibu saudara yang dipanggil mama sejak kecil.
"Hari ni mama masak bihun goreng... Ammar suka kan?" Balas Anisah lembut. Sejak dari bayi lagi dia sudah menjaga hero itu. Sejak 4 tahun kebelakangan ini, kasih Anisah semakin bertambah. Rasa simpati terhadap anak kecil itu semakin subur dihatinya.
Ammar Hakimi melompat kegirangan. Kalau nak diharapkan umminya memasak memang sampai sudahlah dia akan kebulur. Mujur saja rumah ummi dan mama hanya bersebelahan.

"Jadi ke Iman nak bawak Ammar ke hospital?" soal Anisah kepada adik iparnya. Iman sekadar mengeluh. Tiada jawapan yang dapat diberikan kepada kakak iparnya.
Mindanya kembali melayang, mengingati panggilan telefon daripada Anisah selepas dia menerima berita pertukarannya.

"Kena bawak Ammar jumpa doktor pakar kat hospital Ipoh..."
"Kenapa?" Pelik pulak dia, setahunya, Ammar cuma muntah sekali saja malam tadi. Takkan sampai kena jumpa doktor pakar.
"Doktor syak appendiks.. sebab dia sakit perut sekali." jelas Anisah
Iman terduduk apabila berita itu menyapa cuping telinganya...
"Kena bawak hari ni jugak ke kak yong?" soal Iman setelah dia menenangkan hatinya.
"Tak lah.. doktor sini bagi surat, esok pun boleh..." balas Anisah..
"Ok kak yong.. Iman balik nanti, kita bincang.." balas Iman lalu mematikan talian.

"Tak kerja dik?" sapaan Iman Azri mengejutkan Iman dari lamunan.
"Malas..." pendek jawapan Iman. Tangannya lincah menyuapkan bihun goreng ke mulut Ammar Hakimi.
"Ha.. kenapa pulak ni?" terkejut dengan jawapan adik kesayangannya. Pasti ada sesuatu yang berlaku di pejabat sehingga Iman jadi begitu. Bukan dia tak kenal adiknya itu. Jangan buat dia marah. kalau dia marah, tindakannya memang di luar dugaan.
"Iman nak resign lah... boleh tak?" soal Iman tanpa perasaan.
"Hmmm.... boleh, pas tu adik nak buat apa?" soal Iman Azri, sengaja melayan mood kurang baik adiknya itu.
"Ntah..." mudah... semudah menuturkan ABC. Semua perkara diambil mudah oleh Iman Nur Addin. Semua sekali, tidak terkecuali soal hidupnya.
Anisah sekadar tersenyum. Dia tahu, suaminya tidak akan membiarkan Iman mengambil keputusan drastik seperti itu. Bukan senang nak mendapat kerja dengan jabatan kerajaan. Tambahan pula Iman Nur Addin yang cerdik itu tidak mempunyai sebarang kelulusan yang tinggi. Hanya setakat SPM sahaja. Sepatutnya Iman menjaga periuk nasinya dengan baik. Sepatutnya Iman sedar, dia ada tanggungjawab terhadap hero kecilnya itu.

"Morning..."
"Morning.. come Ammar.. breakfast..." pelawa Iman Azri kepada tetamu jauhnya.
Iman agak kaget dengan kehadiran orang asing dalam rumah abangnya. Segera dia berpaling.
Baik Ammar atau Iman, kedua-duanya terkejut melihat antara satu sama lain. Seperti ada chemistry antara keduannya, tidak perlu kata-kata, cuma pandangan mata sudah cukup mereka memahami apa yang terdetik dihati masing-masing.

"Ammar, kenalkan, adik kesayangan aku, Iman Nur Addin, dan ini hero aku Ammar Hakimi..."
"Nama uncle pun Ammar ke?" Soal hero kecil dengan mulut yang masih dipenuhi bihun goreng.
"Yup... tapi uncle Ammar saja...." jawab Ammar lalu mengusap kepala hero kecil.
Ammar Hakimi sekadar menyengih..

"Iman jadi pergi tak ni?" Soal Anisah semula.
"Terpaksa lah kak yong, kalau tak pergi, nanti jadi apa-apa susah pulak... along cutilah ye hari ni.. temankan Iman pegi hospital tu." rayu Iman. Mengharap simpati dari Iman Azri. BUkan dia tak ada lesen, tapi memandu ke pekan sesak amatlah dibencinya. Sebab itu dia berulang alik dari Kampar ke Ipoh dengan menaiki bas setiap hari ke pejabatnya.
"Sori dik... along ada important meeting hari ini... kalau takut bawak kereta besar awak tu, bawak je kereta kak yong..."
"ala.. along ni... " Iman mencebik. Dia benar gelisah. Dia benar-benar sedih kali ni. Terasa sungguh hatinya dengan alasan alongnya. Tidak semena-mena air matanya keluar tanpa segan silu. Semua yang ada terkejut dengan keadaan Iman.
"Ummi nangis lagi? Malam tadi dah nangis puas-puas, pagi ni nangis lagi pulak..." ujar hero kecil.
"Kenapa ni?" Soal Iman Azri, lembut. Dia bangun lalu menarik kerusinya ke sebelah Iman. Mengusap belakang Iman seolah-olah memujuk seorang anak kecil. Lagi kuat tangisan Iman. Dia lupa, selain hero kecil, Anisah dan Iman Azri,  ada seorang lagi disitu yang tekun menyaksi drama sebabak di pagi hari.
"Along tau tak... Iman letih dengan semua ni... semalam, Iman dapat surat transfer ke KL, pas tu dapat call dari kak yong pasal Ammar. Kalau Iman pergi KL, Iman nak duduk dengan sape kat sana. Ammar macam mana? Takkan Iman nak tinggalkan Amamr kat sini. Along tau tak, IMan cukup allergik drive kat tempat-tempat sesak macam pekan Ipoh tu, Hospital Ipoh tu pun Iman tak pernah masuk. Ni nak pegi jumpa doktor pakar segala. Along pulak macam-macam... langsung tak kesian kat Iman." bertambah sedu sedan Iman. Walau dengan air mata yang mengalir, suaranya tetap dapat difahami oleh orang sekeliling.
Iman Azri tersenyum, mengangguk-angguk kepala.
Anisah sekadar menongkat dagu, mendengar keluh kesah adik ipar kesayangannya itu.
Hero kecil tidak ambil peduli kerana sejak dia mengenali umminya itu, tangisan ummi dan tangisan dia sama banyak saja.
Ammar terkedu. Kesiannya gadis manis ni. Getus hati kecilnya.
Dia masih keliru dengan hubungan gadis manis dan hero kecil. Kenapa pulak hero kecil panggil gadis manis itu Ummi, kenapa pulak gadis manis itu risaukan keadaan hero kecil itu. Iman Azri memperkenalkan kepada dia bahawa hero kecil itu adalah hero dia. Ammar membiarkan segala persoalan yang berlegar di kepala nya itu tertanam disitu. Satu masa nanti, pasti ada jawapannya.

"Saya boleh temankan Iman..." tawar Ammar.
Iman mengangkat kepala, memandang jejaka tamfpan yang baik hati itu. Tak sangka tuhan masih mengizinkan dia untuk bertemu lagi dengan jejaka yang mula mendapat tempat dihati. Fikirnya, semalam adalah hari bertuah dalam hidupnya dan dia tidak akan bertemu lagi dengan jejaka itu.
"Selesai masalah adik sayang along kan?" ujar Iman Azri.
"Dah, jangan nangis lagi. Ammar temankan Iman bawak Ammar ke hospital Ipoh. Ammar akan uruskan semuanya untuk Iman. Iman cuma perlu ikut saja."

Pertama


Bersabarlah sayang...
Dengan setiap ujian dan cabaran serta dugaan..
Jangan sekali-kali berputus asa dengan rahmat-NYA
Hanya DIA yang tahu apa yang terbaik untuk kita

Selagi kita berada di landasan agama NYA..
Selagi kita redha dengan ketentuan NYA...
In Shaa Allah...
ketenangan dan kebahagian pasti milik kita


Tersentuh hati Iman tatkala membaca coretan itu... siapalah agaknya yang menulis kata-kata hikmah itu.. kata-kata hikmah yang tercoret di atas sehelai kertas yang melayang ditiup angin hingga sampai ke kakinya. 

Iman bersandar lesu di kerusi yang disediakan khas untuk penumpang-penumpang bas di stesen bas Medan Kid Ipoh. Dia menunggu kehadiran bas yang akan membawanya pulang ke rumah. Kepenatan yang teramat sangat terpamer di wajahnya yang comel itu.

Dia menarik nafas, mengeluh mengenang nasib. Hari ini dia diuji lagi. 2 berita mengejut diterimanya. Dia marah dan kesal dengan ketentuan Ilahi. Dia letih dengan setiap dugaan hidupnya sejak 10 tahun yang lalu. Dia tahu, sebagai hamba NYA, dia perlu redha dengan setiap dugaan yang datang, namun tahap keimanannya masih tidak sekukuh konkrit.

Terlayang kembali di mindanya perkhabaran berita pertama yang mengejutkannya. Tak ada angin, tak ada ribut, dia dipanggil oleh Bos Besar.

"Awak akan dipindahkan ke Kuala Lumpur." 
Bagai terhenti seketika jantung Iman tatkala Bos Besar menuturkan ayat penyata itu. Intonasi Bos Besar seolah-olah dia hanya akan dipindahkan ke unit lain sahaja bunyinya.

"Tapi bos... kenapa?" soal Iman. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya.. lelah dirasakannya.
"I don't know.. arahan dari Ibu Pejabat..." mudahnya jawapan Bos Besar ni. Iman akui, dia memang jengkel dengan sikap Bos Besarnya itu. Bukan dia seorang tapi 90% kakitangan di pejabat itu tidak menyukai sikap Bos Besar mereka.

Iman mengambil surat arahan yang dihulur oleh Bos Besar. 
"serta merta tau..." 
Iman ternganga.... tak tau kah mereka keadaan dia. Dia bukan baru bertugas, sudah hampir 4 tahun dia bertugas di situ. Takkan lah Bos Besar dan Ibu Pejabat tak tahu keadaannya. Malas menjawab, Iman hanya menggangguk. 
Lantaklah situ, tak de maknanya aku nak pergi lapor diri serta merta. tunggu aje lah sehingga aku rasa aku nak pergi.. Getus hati kecil Iman.. boleh gitu..

"Cik, bas nak ke Gopeng ambil kat sini ke?" 
Sapa seseorang yang membuatkan Iman tersedar dari lamunannya.
"Ye.. ha.. tu pun dah sampai.." jawab Iman, lalu dia bangun menuju ke bas hijau putih itu. Lelaki yang menyapanya turut serta, mengekori dia dari belakang.
Iman mengambil tempat duduk di tepi tingkap sebelah kanan bas, lelaki itu mengambil tempat duduk disebelah kiri bas sebaris dengan Iman.
Semakin ramai penumpang yang naik, maklumlah, waktu-waktu kemuncak seperti ini. Ketika itu seorang lelaki bangladesh naik dan terus duduk dikerusi sebelah Iman, Iman tidak selesa dengan keadaan itu. Setiap hari dia menaiki bas, dia sentiasa memastikan penumpang disebelahnya adalah perempuan atau lelaki yang dirasakannya dia selamat untuk duduk disebelah. Tapi kali ini, Iman betul-betul rasa tidak selesa. Iman menoleh kearah lelaki yang menyapanya tadi. Lelaki itu perasan wajah ketidakselesaan Iman. 
Dengan pandangan mata sahaja lelaki itu memanggil Iman agar duduk disebelahnya. Iman yang memahami segera meminta laluan dari lelaki Bangaladesh tersebut untuk bertukar tempat duduk. 
Iman terasa selamat di sebelah jejaka itu. Walau tidak dikenali, tapi sekurang-kuranganya dalam tempoh sejam perjalanan ini, dia akan rasa selamat dan tenang. Itu yang penting.

Hampir setengah perjalanan, Iman disapa jejaka sebelah.
"Cik nak kemana?"
"balik" jawab Iman sepatah. Jejaka itu tersenyum. Iman membalas dengan senyuman juga. Dia perlu mendongak untuk membalas senyuman jejaka itu.
"Handsome." detik hati kecilnya. Iman menggeleng kepala dengan ungkapan hatinya sendiri.
"Kenapa?" Soal jejaka yang telah mendapat pujian di hati Iman.
"Kenapa apa?" Soal Iman.. keliru...
"Kenapa geleng-geleng kepala?" 
"Saya geleng-geleng kepala ke?" soal Iman kembali. Tercetus gelak tawa dari jejaka handsome itu yang mengejutkan penumpang depan dan belakang mereka. 
Iman mengerutkan dahi, menyuruh jejaka itu mengawal ketawanya. Cepat-cepat jejaka menutup mulut, menahan tawa yang masih bersisa.

Keadaan jalan yang sesak menambahkan masa perjalanan mereka. Ammar membiarkan kepala gadis di sebelahnya mendarat di bahunya. Memang terasa lenguh namun ada sesuatu diwajah gadis itu yang menarik hatinya. Ada cerita sedih disebalik wajah manis itu. Ada kegusaran disebalik ketenangan wajah itu.

"Assalammualaikum..." Ammar memberi salam agar gadis manis itu segera sedar dari lenanya. Penumpang-penumpang yang penuh tadi sudah semakin berkurangan, namun gadis manis masih belum sedar. Nanti tak pasal-pasal mereka berdua patah balik ke Ipoh.Gadis manis masih lena.. Ammar mula gelisah, disentuh nanti takut di tuduh macam-macam pula. Nak tak nak, Ammar terpaksa menepuk perlahan tangan gadis manis, masih berlapik fikirnya.

Iman tersedar apabila terasa sentuhan lembut di tangan nya. Dia mengangkat kepalanya. 
"Dah sampai ke?" Soalnya.
"Dah" jawab Ammar.