Sunday 6 October 2013

Ketiga

"Saya tak peduli bang.. Ammar mesti ikut kata saya." Ujar Datin Aishah.
"Kalau dia tak ikut macam mana? kesian kat Islah nanti.. " Balas Dato' Rahman
Bukan dia tidak setuju dengan rancangan isterinya tetapi anak teruna mereka yang seorang itu boleh tahan jugak degilnya. Yang pasti kedegilan itu datangnya dari mamanya. Namun, Dato' Rahman akui, dalam degil-degil anak terunanya, setiap kata akhir isterinya pasti dipatuhi. Suka atau tidak, Ammar pasti akan patuh. Tapi.. tetap ada kegusaran dihati Dato' Rahman. Ini soal hidup Ammar, soal teman hidup sepanjang hayat Ammar. Jika yang dipilih tidak mendapat tempat dihatinya, bagaimana?

Dia tahu, gadis yang dipilih bukan calang-calang orangnya, bak kata orang, berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Beragama, ada rupa, berkelulusan tinggi, berkerjaya, anak orang-orang baik Apalagi yang dicari sekiranya Islah mempunyai pakej yang lengkap. Ammar sepatutnya berterima kasih kepada mamanya. Ammar sepatutnya menghargai kesudian Islah menerima dirinya seadanya. Sepatutnya... tapi itu kata mereka, bukan kata Ammar. Itu yang dirisaukan oleh Dato' Rahman.

"Bulan depan anniversary kita kan bang?" Soal Datin Aishah.
Dato' Rahman sekadar menggangguk, menunggu ayat seterusnya dari Datin Aishah.
"Kita buat majlis kesyukuran terus umumkan pertunangan Ammar dan Islah."
Terdiam seketika Dato' Rahman dengan cadangan isterinya.
"Isk.. jangan macam tu lah Cah... nanti kalau Ammar menolak, kesian kat keluarga Zali. Malu dorang nanti." Dato' Rahman cuba berdiplomasi dengan Datin Aishah.
"Cah yakin, Ammar tak kan buat macam tu. Cah kenal anak Cah... In Shaa Allah..."
Apalagi yang boleh dikatakan bila kata putus telah diambil.

"Ammar kemana?" Soal Dato Rahman.
"Ke Perak. Jumpa kawannya."
"Macam mana kalau dia jumpa seseorang di sana.. " Usik Dato' Rahman.
"Dah terlambat bang... 2 minggu je lagi... 1hb kan anniversary kita..." balas Datin Aishah. Usikan Dato' Rahman tidak berhasil. Dato' Rahman pula yang terlopong. Bijak sungguh isterinya menyusun rancangan.

"Cah dah bincang dengan Zali dan isterinya ke? Islah dah tau?"
"Dah.. semalam..."
"Dorang setuju ke?"
"Setuju.... "
Dato Rahman menarik nafas panjang. Terselit rasa tidak puas hati dengan tindakan isterinya. Kenapa dia tidak dimaklumkan terlebih dahulu. Dia juga mengenali Dato' Ghazali dan Datin Norma. Mereka sudah saling mengenali sejak zaman universiti lagi.

"Cah bukan tak nak bincang dengan abang... kebetulan, cah jumpa dorang kat butik Norma.. Zali ada, Islah pun ada, Cah terus tanya, tak sangka pulak dorang terus setuju. Bila Cah cakap nak buat surprise untuk Ammar masa anniversary kita nanti, dorang setuju je..."

"Dorang tak risau ke kalau Ammar menolak?" hairan Dato' Rahman dengan keluarga kawannya itu. Ini soal nikah kahwin, bukan soal sign agreement untuk jadi partner dalam bisnes.
"Islah kata, apa sahaja keputusan Ammar dia akan terima. Cah pelik juga mulanya, tapi, dah tuan punya badan kata ok.. kita nak kata apa..."
"Dah tu, merisik di butik aje lah ye?" Soal Dato' Rahman.
Datin Aishah sekadar tersenyum.

No comments:

Post a Comment