Saturday 5 October 2013

Pertama


Bersabarlah sayang...
Dengan setiap ujian dan cabaran serta dugaan..
Jangan sekali-kali berputus asa dengan rahmat-NYA
Hanya DIA yang tahu apa yang terbaik untuk kita

Selagi kita berada di landasan agama NYA..
Selagi kita redha dengan ketentuan NYA...
In Shaa Allah...
ketenangan dan kebahagian pasti milik kita


Tersentuh hati Iman tatkala membaca coretan itu... siapalah agaknya yang menulis kata-kata hikmah itu.. kata-kata hikmah yang tercoret di atas sehelai kertas yang melayang ditiup angin hingga sampai ke kakinya. 

Iman bersandar lesu di kerusi yang disediakan khas untuk penumpang-penumpang bas di stesen bas Medan Kid Ipoh. Dia menunggu kehadiran bas yang akan membawanya pulang ke rumah. Kepenatan yang teramat sangat terpamer di wajahnya yang comel itu.

Dia menarik nafas, mengeluh mengenang nasib. Hari ini dia diuji lagi. 2 berita mengejut diterimanya. Dia marah dan kesal dengan ketentuan Ilahi. Dia letih dengan setiap dugaan hidupnya sejak 10 tahun yang lalu. Dia tahu, sebagai hamba NYA, dia perlu redha dengan setiap dugaan yang datang, namun tahap keimanannya masih tidak sekukuh konkrit.

Terlayang kembali di mindanya perkhabaran berita pertama yang mengejutkannya. Tak ada angin, tak ada ribut, dia dipanggil oleh Bos Besar.

"Awak akan dipindahkan ke Kuala Lumpur." 
Bagai terhenti seketika jantung Iman tatkala Bos Besar menuturkan ayat penyata itu. Intonasi Bos Besar seolah-olah dia hanya akan dipindahkan ke unit lain sahaja bunyinya.

"Tapi bos... kenapa?" soal Iman. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya.. lelah dirasakannya.
"I don't know.. arahan dari Ibu Pejabat..." mudahnya jawapan Bos Besar ni. Iman akui, dia memang jengkel dengan sikap Bos Besarnya itu. Bukan dia seorang tapi 90% kakitangan di pejabat itu tidak menyukai sikap Bos Besar mereka.

Iman mengambil surat arahan yang dihulur oleh Bos Besar. 
"serta merta tau..." 
Iman ternganga.... tak tau kah mereka keadaan dia. Dia bukan baru bertugas, sudah hampir 4 tahun dia bertugas di situ. Takkan lah Bos Besar dan Ibu Pejabat tak tahu keadaannya. Malas menjawab, Iman hanya menggangguk. 
Lantaklah situ, tak de maknanya aku nak pergi lapor diri serta merta. tunggu aje lah sehingga aku rasa aku nak pergi.. Getus hati kecil Iman.. boleh gitu..

"Cik, bas nak ke Gopeng ambil kat sini ke?" 
Sapa seseorang yang membuatkan Iman tersedar dari lamunannya.
"Ye.. ha.. tu pun dah sampai.." jawab Iman, lalu dia bangun menuju ke bas hijau putih itu. Lelaki yang menyapanya turut serta, mengekori dia dari belakang.
Iman mengambil tempat duduk di tepi tingkap sebelah kanan bas, lelaki itu mengambil tempat duduk disebelah kiri bas sebaris dengan Iman.
Semakin ramai penumpang yang naik, maklumlah, waktu-waktu kemuncak seperti ini. Ketika itu seorang lelaki bangladesh naik dan terus duduk dikerusi sebelah Iman, Iman tidak selesa dengan keadaan itu. Setiap hari dia menaiki bas, dia sentiasa memastikan penumpang disebelahnya adalah perempuan atau lelaki yang dirasakannya dia selamat untuk duduk disebelah. Tapi kali ini, Iman betul-betul rasa tidak selesa. Iman menoleh kearah lelaki yang menyapanya tadi. Lelaki itu perasan wajah ketidakselesaan Iman. 
Dengan pandangan mata sahaja lelaki itu memanggil Iman agar duduk disebelahnya. Iman yang memahami segera meminta laluan dari lelaki Bangaladesh tersebut untuk bertukar tempat duduk. 
Iman terasa selamat di sebelah jejaka itu. Walau tidak dikenali, tapi sekurang-kuranganya dalam tempoh sejam perjalanan ini, dia akan rasa selamat dan tenang. Itu yang penting.

Hampir setengah perjalanan, Iman disapa jejaka sebelah.
"Cik nak kemana?"
"balik" jawab Iman sepatah. Jejaka itu tersenyum. Iman membalas dengan senyuman juga. Dia perlu mendongak untuk membalas senyuman jejaka itu.
"Handsome." detik hati kecilnya. Iman menggeleng kepala dengan ungkapan hatinya sendiri.
"Kenapa?" Soal jejaka yang telah mendapat pujian di hati Iman.
"Kenapa apa?" Soal Iman.. keliru...
"Kenapa geleng-geleng kepala?" 
"Saya geleng-geleng kepala ke?" soal Iman kembali. Tercetus gelak tawa dari jejaka handsome itu yang mengejutkan penumpang depan dan belakang mereka. 
Iman mengerutkan dahi, menyuruh jejaka itu mengawal ketawanya. Cepat-cepat jejaka menutup mulut, menahan tawa yang masih bersisa.

Keadaan jalan yang sesak menambahkan masa perjalanan mereka. Ammar membiarkan kepala gadis di sebelahnya mendarat di bahunya. Memang terasa lenguh namun ada sesuatu diwajah gadis itu yang menarik hatinya. Ada cerita sedih disebalik wajah manis itu. Ada kegusaran disebalik ketenangan wajah itu.

"Assalammualaikum..." Ammar memberi salam agar gadis manis itu segera sedar dari lenanya. Penumpang-penumpang yang penuh tadi sudah semakin berkurangan, namun gadis manis masih belum sedar. Nanti tak pasal-pasal mereka berdua patah balik ke Ipoh.Gadis manis masih lena.. Ammar mula gelisah, disentuh nanti takut di tuduh macam-macam pula. Nak tak nak, Ammar terpaksa menepuk perlahan tangan gadis manis, masih berlapik fikirnya.

Iman tersedar apabila terasa sentuhan lembut di tangan nya. Dia mengangkat kepalanya. 
"Dah sampai ke?" Soalnya.
"Dah" jawab Ammar.

No comments:

Post a Comment