Sunday 6 October 2013

Keempat

Ammar Hakimi mengekek ketawa. Lucu betul pada pandangannya apabila umminya menangis lagi.
"Ummi..." panggilnya sambil menyapu air mata yang mengalir dipipi Iman.
"Mata ummi dah macam mata ultraman lah..."
semakin deras air mata Iman mengalir. Terletus tawa besar dari Dr. Azam dan Ammar.
Iman mengetap gigi, menahan marah dan malu. Keletah hero kecilnya kadang-kadang bisa saja membuat darahnya naik. Malu pulak dengan doktor muda yang kacak dan Amnar, si jejaka handsome.

"Puan tak perlu risau apa-apa, saya cuma mengikut prosedur sahaja.. untuk kes-kes yang begini, saya perlu pantau keadaan pesakit untuk satu hari. sekiranya Ammar Hakimi tak muntah, sakit perut atau cirit-birit sepanjang dia di wad, esok pagi saya discharge kan dia..." Dr Azam berusaha menenangkan ibu muda di hadapan nya itu.

"Puan ikut nurse ni ke wad ye.." seorang nurse tersenyum ke arah Iman. Lucu dirasakannya apabila seorang gadis menangis anak di masukkan ke wad tetapi anaknya bersuka ria...
"Saya boleh temankan dia ke?" soal Iman mohon kepastian.
"Boleh, untuk kanak-kanak dibawah 12 tahun, ibu atau bapa perlu ada menemaninya..." terang Dr Azman lagi.
"Adik, mari ikut kakak ye... sakit tak ambil darah tadi?" soal nurse yang bernama Adibah kepada Ammar Hakimi.
"Tak... rasa macam kena gigit semut je... yg nangis tadi bukan saya, tapi ummi ni...."
Terletus lagi tawa dari Dr Azam dan Ammar dengan jawapan hero kecil. Nurse Adibah turut ketawa sama.
Dia segera memimpin tangan Ammar Hakimi. Pasti shif bertugas kali ini dia akan ceria dengan keletah Ammar Hakimi.

"Ok lah doktor... terima kasih ye, saya harap tak de apa-apa dengan Ammar Hakimi." Ammar menghulur tangan untuk bersalam dengan doktor muda itu.
"In Shaa Allah... seperti yang saya katakan tadi, sekiranya dia tidak muntah, sakit perut dan cirit birit lagi, maknanya dia hanya salah makan sahaja so tak perlu dibedah untuk apendiks."
"Puan, sila ikut nurse ye... Jangan risau, in shaa Allah, anak puan takkan apa-apa.." Dr Azam cuba menenangkan Iman. Masih bersisa air matanya.
"Terima kasih doktor.." ucap Iman. Dia segera berlalu meninggalkan bilik rawatan. Berjalan seiring dengan Ammar mengikut langkah hero kecil bersama Nurse yang mula disenanginya.

"Iman... " Iman mendongakkan wajah, memandang Ammar.
"Perlukan apa-apa ke?" soal Ammar. Cuba memberi seberapa banyak pertolongan yang diperlukan oleh gadis ini.
"Tak ada apa kut... saya cuma nak call along, bagitau yang Ammar kena masuk wad jugak.. Nak mintak tolong kak yong bawak barang keperluan saya" lemah bunyi suaranya.
"Dah tengahari ni, Iman tak lapar ke? Saya belikan lunch ye... Iman nak makan apa? Ammar tu saya belikan bubur nasi nanti..."
"Tak yah lah awak... Saya tak rasa nak makan... serabut kepala..."
"Jangan macam tu.. Ammar perlukan awak...  kalau awak sakit macam mana.. nanti siapa nak tunggu, takkan Ammar Hakimi nak tunggu pulak?.." Ammar cuba memujuk.
Iman hanya menunduk, menarik nafas sedalam-dalamnya. Ada benarnya kata-kata Ammar. Tapi.. entahlah,
Seleranya benar-benar mati. Masalah yang datang bertimpa-timpa semakin membebankan kepalanya.

Sampai saja di wad 5D, Ammar Hakimi disambut oleh beberapa orang jururawat lagi, yang bersedia untuk menimbang beratnya. Ada juga yang curi-curi memandang pasangan yang masuk bersama Nurse Adibah. Ada yang berbisik sesama sendiri. Patut lah comel anaknya, mak bapak nye pun cantik dan handsome.
Iman sekadar tersenyum bila bisikan itu menampar cuping telinganya. Biarlah.. tiada apa yang perlu dijelaskan. Sekiranya Ammar juga mendengar dan terasa hati, biarlah dia yang menjelaskan kepada nurse-nurse muda itu. Namun, Ammar juga mengambil tindakan yang sama, hanya mempamerkan senyuman manis untuk mereka.

"Ok.. adik duduk bilik ni ye.. katil hujung ni..." Hero kecil segera ingin memanjat katil hospital itu tanpa rasa takut. Ketinggian yang masih tidak cukup agak menyukarkannya. Ammar membantu hero kecil itu. Iman menarik kerusi, duduk melepaskan lelah.

"Iman, saya turun sekejap ye... awak rehat sini ye..."
"Darling... nak makan apa-apa tak?" Iman memandang Ammar Hakimi.
Tersentak seketika Ammar.

Ketiga

"Saya tak peduli bang.. Ammar mesti ikut kata saya." Ujar Datin Aishah.
"Kalau dia tak ikut macam mana? kesian kat Islah nanti.. " Balas Dato' Rahman
Bukan dia tidak setuju dengan rancangan isterinya tetapi anak teruna mereka yang seorang itu boleh tahan jugak degilnya. Yang pasti kedegilan itu datangnya dari mamanya. Namun, Dato' Rahman akui, dalam degil-degil anak terunanya, setiap kata akhir isterinya pasti dipatuhi. Suka atau tidak, Ammar pasti akan patuh. Tapi.. tetap ada kegusaran dihati Dato' Rahman. Ini soal hidup Ammar, soal teman hidup sepanjang hayat Ammar. Jika yang dipilih tidak mendapat tempat dihatinya, bagaimana?

Dia tahu, gadis yang dipilih bukan calang-calang orangnya, bak kata orang, berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Beragama, ada rupa, berkelulusan tinggi, berkerjaya, anak orang-orang baik Apalagi yang dicari sekiranya Islah mempunyai pakej yang lengkap. Ammar sepatutnya berterima kasih kepada mamanya. Ammar sepatutnya menghargai kesudian Islah menerima dirinya seadanya. Sepatutnya... tapi itu kata mereka, bukan kata Ammar. Itu yang dirisaukan oleh Dato' Rahman.

"Bulan depan anniversary kita kan bang?" Soal Datin Aishah.
Dato' Rahman sekadar menggangguk, menunggu ayat seterusnya dari Datin Aishah.
"Kita buat majlis kesyukuran terus umumkan pertunangan Ammar dan Islah."
Terdiam seketika Dato' Rahman dengan cadangan isterinya.
"Isk.. jangan macam tu lah Cah... nanti kalau Ammar menolak, kesian kat keluarga Zali. Malu dorang nanti." Dato' Rahman cuba berdiplomasi dengan Datin Aishah.
"Cah yakin, Ammar tak kan buat macam tu. Cah kenal anak Cah... In Shaa Allah..."
Apalagi yang boleh dikatakan bila kata putus telah diambil.

"Ammar kemana?" Soal Dato Rahman.
"Ke Perak. Jumpa kawannya."
"Macam mana kalau dia jumpa seseorang di sana.. " Usik Dato' Rahman.
"Dah terlambat bang... 2 minggu je lagi... 1hb kan anniversary kita..." balas Datin Aishah. Usikan Dato' Rahman tidak berhasil. Dato' Rahman pula yang terlopong. Bijak sungguh isterinya menyusun rancangan.

"Cah dah bincang dengan Zali dan isterinya ke? Islah dah tau?"
"Dah.. semalam..."
"Dorang setuju ke?"
"Setuju.... "
Dato Rahman menarik nafas panjang. Terselit rasa tidak puas hati dengan tindakan isterinya. Kenapa dia tidak dimaklumkan terlebih dahulu. Dia juga mengenali Dato' Ghazali dan Datin Norma. Mereka sudah saling mengenali sejak zaman universiti lagi.

"Cah bukan tak nak bincang dengan abang... kebetulan, cah jumpa dorang kat butik Norma.. Zali ada, Islah pun ada, Cah terus tanya, tak sangka pulak dorang terus setuju. Bila Cah cakap nak buat surprise untuk Ammar masa anniversary kita nanti, dorang setuju je..."

"Dorang tak risau ke kalau Ammar menolak?" hairan Dato' Rahman dengan keluarga kawannya itu. Ini soal nikah kahwin, bukan soal sign agreement untuk jadi partner dalam bisnes.
"Islah kata, apa sahaja keputusan Ammar dia akan terima. Cah pelik juga mulanya, tapi, dah tuan punya badan kata ok.. kita nak kata apa..."
"Dah tu, merisik di butik aje lah ye?" Soal Dato' Rahman.
Datin Aishah sekadar tersenyum.

Saturday 5 October 2013

Kedua

"Assalammualaikum..... mama.. papa" jerit Ammar Hakimi dimuka pintu rumah mama dan papanya. Iman sekadar tersenyum dengan tingkah hero dihatinya itu. Tanpa menunggu jawapan salam, Iman dan Ammar terus sahaja masuk dan menuju ke ruang dapur.
"Mama masak apa hari ni?" soal hero kecil kepada Anisah, ibu saudara yang dipanggil mama sejak kecil.
"Hari ni mama masak bihun goreng... Ammar suka kan?" Balas Anisah lembut. Sejak dari bayi lagi dia sudah menjaga hero itu. Sejak 4 tahun kebelakangan ini, kasih Anisah semakin bertambah. Rasa simpati terhadap anak kecil itu semakin subur dihatinya.
Ammar Hakimi melompat kegirangan. Kalau nak diharapkan umminya memasak memang sampai sudahlah dia akan kebulur. Mujur saja rumah ummi dan mama hanya bersebelahan.

"Jadi ke Iman nak bawak Ammar ke hospital?" soal Anisah kepada adik iparnya. Iman sekadar mengeluh. Tiada jawapan yang dapat diberikan kepada kakak iparnya.
Mindanya kembali melayang, mengingati panggilan telefon daripada Anisah selepas dia menerima berita pertukarannya.

"Kena bawak Ammar jumpa doktor pakar kat hospital Ipoh..."
"Kenapa?" Pelik pulak dia, setahunya, Ammar cuma muntah sekali saja malam tadi. Takkan sampai kena jumpa doktor pakar.
"Doktor syak appendiks.. sebab dia sakit perut sekali." jelas Anisah
Iman terduduk apabila berita itu menyapa cuping telinganya...
"Kena bawak hari ni jugak ke kak yong?" soal Iman setelah dia menenangkan hatinya.
"Tak lah.. doktor sini bagi surat, esok pun boleh..." balas Anisah..
"Ok kak yong.. Iman balik nanti, kita bincang.." balas Iman lalu mematikan talian.

"Tak kerja dik?" sapaan Iman Azri mengejutkan Iman dari lamunan.
"Malas..." pendek jawapan Iman. Tangannya lincah menyuapkan bihun goreng ke mulut Ammar Hakimi.
"Ha.. kenapa pulak ni?" terkejut dengan jawapan adik kesayangannya. Pasti ada sesuatu yang berlaku di pejabat sehingga Iman jadi begitu. Bukan dia tak kenal adiknya itu. Jangan buat dia marah. kalau dia marah, tindakannya memang di luar dugaan.
"Iman nak resign lah... boleh tak?" soal Iman tanpa perasaan.
"Hmmm.... boleh, pas tu adik nak buat apa?" soal Iman Azri, sengaja melayan mood kurang baik adiknya itu.
"Ntah..." mudah... semudah menuturkan ABC. Semua perkara diambil mudah oleh Iman Nur Addin. Semua sekali, tidak terkecuali soal hidupnya.
Anisah sekadar tersenyum. Dia tahu, suaminya tidak akan membiarkan Iman mengambil keputusan drastik seperti itu. Bukan senang nak mendapat kerja dengan jabatan kerajaan. Tambahan pula Iman Nur Addin yang cerdik itu tidak mempunyai sebarang kelulusan yang tinggi. Hanya setakat SPM sahaja. Sepatutnya Iman menjaga periuk nasinya dengan baik. Sepatutnya Iman sedar, dia ada tanggungjawab terhadap hero kecilnya itu.

"Morning..."
"Morning.. come Ammar.. breakfast..." pelawa Iman Azri kepada tetamu jauhnya.
Iman agak kaget dengan kehadiran orang asing dalam rumah abangnya. Segera dia berpaling.
Baik Ammar atau Iman, kedua-duanya terkejut melihat antara satu sama lain. Seperti ada chemistry antara keduannya, tidak perlu kata-kata, cuma pandangan mata sudah cukup mereka memahami apa yang terdetik dihati masing-masing.

"Ammar, kenalkan, adik kesayangan aku, Iman Nur Addin, dan ini hero aku Ammar Hakimi..."
"Nama uncle pun Ammar ke?" Soal hero kecil dengan mulut yang masih dipenuhi bihun goreng.
"Yup... tapi uncle Ammar saja...." jawab Ammar lalu mengusap kepala hero kecil.
Ammar Hakimi sekadar menyengih..

"Iman jadi pergi tak ni?" Soal Anisah semula.
"Terpaksa lah kak yong, kalau tak pergi, nanti jadi apa-apa susah pulak... along cutilah ye hari ni.. temankan Iman pegi hospital tu." rayu Iman. Mengharap simpati dari Iman Azri. BUkan dia tak ada lesen, tapi memandu ke pekan sesak amatlah dibencinya. Sebab itu dia berulang alik dari Kampar ke Ipoh dengan menaiki bas setiap hari ke pejabatnya.
"Sori dik... along ada important meeting hari ini... kalau takut bawak kereta besar awak tu, bawak je kereta kak yong..."
"ala.. along ni... " Iman mencebik. Dia benar gelisah. Dia benar-benar sedih kali ni. Terasa sungguh hatinya dengan alasan alongnya. Tidak semena-mena air matanya keluar tanpa segan silu. Semua yang ada terkejut dengan keadaan Iman.
"Ummi nangis lagi? Malam tadi dah nangis puas-puas, pagi ni nangis lagi pulak..." ujar hero kecil.
"Kenapa ni?" Soal Iman Azri, lembut. Dia bangun lalu menarik kerusinya ke sebelah Iman. Mengusap belakang Iman seolah-olah memujuk seorang anak kecil. Lagi kuat tangisan Iman. Dia lupa, selain hero kecil, Anisah dan Iman Azri,  ada seorang lagi disitu yang tekun menyaksi drama sebabak di pagi hari.
"Along tau tak... Iman letih dengan semua ni... semalam, Iman dapat surat transfer ke KL, pas tu dapat call dari kak yong pasal Ammar. Kalau Iman pergi KL, Iman nak duduk dengan sape kat sana. Ammar macam mana? Takkan Iman nak tinggalkan Amamr kat sini. Along tau tak, IMan cukup allergik drive kat tempat-tempat sesak macam pekan Ipoh tu, Hospital Ipoh tu pun Iman tak pernah masuk. Ni nak pegi jumpa doktor pakar segala. Along pulak macam-macam... langsung tak kesian kat Iman." bertambah sedu sedan Iman. Walau dengan air mata yang mengalir, suaranya tetap dapat difahami oleh orang sekeliling.
Iman Azri tersenyum, mengangguk-angguk kepala.
Anisah sekadar menongkat dagu, mendengar keluh kesah adik ipar kesayangannya itu.
Hero kecil tidak ambil peduli kerana sejak dia mengenali umminya itu, tangisan ummi dan tangisan dia sama banyak saja.
Ammar terkedu. Kesiannya gadis manis ni. Getus hati kecilnya.
Dia masih keliru dengan hubungan gadis manis dan hero kecil. Kenapa pulak hero kecil panggil gadis manis itu Ummi, kenapa pulak gadis manis itu risaukan keadaan hero kecil itu. Iman Azri memperkenalkan kepada dia bahawa hero kecil itu adalah hero dia. Ammar membiarkan segala persoalan yang berlegar di kepala nya itu tertanam disitu. Satu masa nanti, pasti ada jawapannya.

"Saya boleh temankan Iman..." tawar Ammar.
Iman mengangkat kepala, memandang jejaka tamfpan yang baik hati itu. Tak sangka tuhan masih mengizinkan dia untuk bertemu lagi dengan jejaka yang mula mendapat tempat dihati. Fikirnya, semalam adalah hari bertuah dalam hidupnya dan dia tidak akan bertemu lagi dengan jejaka itu.
"Selesai masalah adik sayang along kan?" ujar Iman Azri.
"Dah, jangan nangis lagi. Ammar temankan Iman bawak Ammar ke hospital Ipoh. Ammar akan uruskan semuanya untuk Iman. Iman cuma perlu ikut saja."

Pertama


Bersabarlah sayang...
Dengan setiap ujian dan cabaran serta dugaan..
Jangan sekali-kali berputus asa dengan rahmat-NYA
Hanya DIA yang tahu apa yang terbaik untuk kita

Selagi kita berada di landasan agama NYA..
Selagi kita redha dengan ketentuan NYA...
In Shaa Allah...
ketenangan dan kebahagian pasti milik kita


Tersentuh hati Iman tatkala membaca coretan itu... siapalah agaknya yang menulis kata-kata hikmah itu.. kata-kata hikmah yang tercoret di atas sehelai kertas yang melayang ditiup angin hingga sampai ke kakinya. 

Iman bersandar lesu di kerusi yang disediakan khas untuk penumpang-penumpang bas di stesen bas Medan Kid Ipoh. Dia menunggu kehadiran bas yang akan membawanya pulang ke rumah. Kepenatan yang teramat sangat terpamer di wajahnya yang comel itu.

Dia menarik nafas, mengeluh mengenang nasib. Hari ini dia diuji lagi. 2 berita mengejut diterimanya. Dia marah dan kesal dengan ketentuan Ilahi. Dia letih dengan setiap dugaan hidupnya sejak 10 tahun yang lalu. Dia tahu, sebagai hamba NYA, dia perlu redha dengan setiap dugaan yang datang, namun tahap keimanannya masih tidak sekukuh konkrit.

Terlayang kembali di mindanya perkhabaran berita pertama yang mengejutkannya. Tak ada angin, tak ada ribut, dia dipanggil oleh Bos Besar.

"Awak akan dipindahkan ke Kuala Lumpur." 
Bagai terhenti seketika jantung Iman tatkala Bos Besar menuturkan ayat penyata itu. Intonasi Bos Besar seolah-olah dia hanya akan dipindahkan ke unit lain sahaja bunyinya.

"Tapi bos... kenapa?" soal Iman. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya.. lelah dirasakannya.
"I don't know.. arahan dari Ibu Pejabat..." mudahnya jawapan Bos Besar ni. Iman akui, dia memang jengkel dengan sikap Bos Besarnya itu. Bukan dia seorang tapi 90% kakitangan di pejabat itu tidak menyukai sikap Bos Besar mereka.

Iman mengambil surat arahan yang dihulur oleh Bos Besar. 
"serta merta tau..." 
Iman ternganga.... tak tau kah mereka keadaan dia. Dia bukan baru bertugas, sudah hampir 4 tahun dia bertugas di situ. Takkan lah Bos Besar dan Ibu Pejabat tak tahu keadaannya. Malas menjawab, Iman hanya menggangguk. 
Lantaklah situ, tak de maknanya aku nak pergi lapor diri serta merta. tunggu aje lah sehingga aku rasa aku nak pergi.. Getus hati kecil Iman.. boleh gitu..

"Cik, bas nak ke Gopeng ambil kat sini ke?" 
Sapa seseorang yang membuatkan Iman tersedar dari lamunannya.
"Ye.. ha.. tu pun dah sampai.." jawab Iman, lalu dia bangun menuju ke bas hijau putih itu. Lelaki yang menyapanya turut serta, mengekori dia dari belakang.
Iman mengambil tempat duduk di tepi tingkap sebelah kanan bas, lelaki itu mengambil tempat duduk disebelah kiri bas sebaris dengan Iman.
Semakin ramai penumpang yang naik, maklumlah, waktu-waktu kemuncak seperti ini. Ketika itu seorang lelaki bangladesh naik dan terus duduk dikerusi sebelah Iman, Iman tidak selesa dengan keadaan itu. Setiap hari dia menaiki bas, dia sentiasa memastikan penumpang disebelahnya adalah perempuan atau lelaki yang dirasakannya dia selamat untuk duduk disebelah. Tapi kali ini, Iman betul-betul rasa tidak selesa. Iman menoleh kearah lelaki yang menyapanya tadi. Lelaki itu perasan wajah ketidakselesaan Iman. 
Dengan pandangan mata sahaja lelaki itu memanggil Iman agar duduk disebelahnya. Iman yang memahami segera meminta laluan dari lelaki Bangaladesh tersebut untuk bertukar tempat duduk. 
Iman terasa selamat di sebelah jejaka itu. Walau tidak dikenali, tapi sekurang-kuranganya dalam tempoh sejam perjalanan ini, dia akan rasa selamat dan tenang. Itu yang penting.

Hampir setengah perjalanan, Iman disapa jejaka sebelah.
"Cik nak kemana?"
"balik" jawab Iman sepatah. Jejaka itu tersenyum. Iman membalas dengan senyuman juga. Dia perlu mendongak untuk membalas senyuman jejaka itu.
"Handsome." detik hati kecilnya. Iman menggeleng kepala dengan ungkapan hatinya sendiri.
"Kenapa?" Soal jejaka yang telah mendapat pujian di hati Iman.
"Kenapa apa?" Soal Iman.. keliru...
"Kenapa geleng-geleng kepala?" 
"Saya geleng-geleng kepala ke?" soal Iman kembali. Tercetus gelak tawa dari jejaka handsome itu yang mengejutkan penumpang depan dan belakang mereka. 
Iman mengerutkan dahi, menyuruh jejaka itu mengawal ketawanya. Cepat-cepat jejaka menutup mulut, menahan tawa yang masih bersisa.

Keadaan jalan yang sesak menambahkan masa perjalanan mereka. Ammar membiarkan kepala gadis di sebelahnya mendarat di bahunya. Memang terasa lenguh namun ada sesuatu diwajah gadis itu yang menarik hatinya. Ada cerita sedih disebalik wajah manis itu. Ada kegusaran disebalik ketenangan wajah itu.

"Assalammualaikum..." Ammar memberi salam agar gadis manis itu segera sedar dari lenanya. Penumpang-penumpang yang penuh tadi sudah semakin berkurangan, namun gadis manis masih belum sedar. Nanti tak pasal-pasal mereka berdua patah balik ke Ipoh.Gadis manis masih lena.. Ammar mula gelisah, disentuh nanti takut di tuduh macam-macam pula. Nak tak nak, Ammar terpaksa menepuk perlahan tangan gadis manis, masih berlapik fikirnya.

Iman tersedar apabila terasa sentuhan lembut di tangan nya. Dia mengangkat kepalanya. 
"Dah sampai ke?" Soalnya.
"Dah" jawab Ammar.