Saturday 5 October 2013

Kedua

"Assalammualaikum..... mama.. papa" jerit Ammar Hakimi dimuka pintu rumah mama dan papanya. Iman sekadar tersenyum dengan tingkah hero dihatinya itu. Tanpa menunggu jawapan salam, Iman dan Ammar terus sahaja masuk dan menuju ke ruang dapur.
"Mama masak apa hari ni?" soal hero kecil kepada Anisah, ibu saudara yang dipanggil mama sejak kecil.
"Hari ni mama masak bihun goreng... Ammar suka kan?" Balas Anisah lembut. Sejak dari bayi lagi dia sudah menjaga hero itu. Sejak 4 tahun kebelakangan ini, kasih Anisah semakin bertambah. Rasa simpati terhadap anak kecil itu semakin subur dihatinya.
Ammar Hakimi melompat kegirangan. Kalau nak diharapkan umminya memasak memang sampai sudahlah dia akan kebulur. Mujur saja rumah ummi dan mama hanya bersebelahan.

"Jadi ke Iman nak bawak Ammar ke hospital?" soal Anisah kepada adik iparnya. Iman sekadar mengeluh. Tiada jawapan yang dapat diberikan kepada kakak iparnya.
Mindanya kembali melayang, mengingati panggilan telefon daripada Anisah selepas dia menerima berita pertukarannya.

"Kena bawak Ammar jumpa doktor pakar kat hospital Ipoh..."
"Kenapa?" Pelik pulak dia, setahunya, Ammar cuma muntah sekali saja malam tadi. Takkan sampai kena jumpa doktor pakar.
"Doktor syak appendiks.. sebab dia sakit perut sekali." jelas Anisah
Iman terduduk apabila berita itu menyapa cuping telinganya...
"Kena bawak hari ni jugak ke kak yong?" soal Iman setelah dia menenangkan hatinya.
"Tak lah.. doktor sini bagi surat, esok pun boleh..." balas Anisah..
"Ok kak yong.. Iman balik nanti, kita bincang.." balas Iman lalu mematikan talian.

"Tak kerja dik?" sapaan Iman Azri mengejutkan Iman dari lamunan.
"Malas..." pendek jawapan Iman. Tangannya lincah menyuapkan bihun goreng ke mulut Ammar Hakimi.
"Ha.. kenapa pulak ni?" terkejut dengan jawapan adik kesayangannya. Pasti ada sesuatu yang berlaku di pejabat sehingga Iman jadi begitu. Bukan dia tak kenal adiknya itu. Jangan buat dia marah. kalau dia marah, tindakannya memang di luar dugaan.
"Iman nak resign lah... boleh tak?" soal Iman tanpa perasaan.
"Hmmm.... boleh, pas tu adik nak buat apa?" soal Iman Azri, sengaja melayan mood kurang baik adiknya itu.
"Ntah..." mudah... semudah menuturkan ABC. Semua perkara diambil mudah oleh Iman Nur Addin. Semua sekali, tidak terkecuali soal hidupnya.
Anisah sekadar tersenyum. Dia tahu, suaminya tidak akan membiarkan Iman mengambil keputusan drastik seperti itu. Bukan senang nak mendapat kerja dengan jabatan kerajaan. Tambahan pula Iman Nur Addin yang cerdik itu tidak mempunyai sebarang kelulusan yang tinggi. Hanya setakat SPM sahaja. Sepatutnya Iman menjaga periuk nasinya dengan baik. Sepatutnya Iman sedar, dia ada tanggungjawab terhadap hero kecilnya itu.

"Morning..."
"Morning.. come Ammar.. breakfast..." pelawa Iman Azri kepada tetamu jauhnya.
Iman agak kaget dengan kehadiran orang asing dalam rumah abangnya. Segera dia berpaling.
Baik Ammar atau Iman, kedua-duanya terkejut melihat antara satu sama lain. Seperti ada chemistry antara keduannya, tidak perlu kata-kata, cuma pandangan mata sudah cukup mereka memahami apa yang terdetik dihati masing-masing.

"Ammar, kenalkan, adik kesayangan aku, Iman Nur Addin, dan ini hero aku Ammar Hakimi..."
"Nama uncle pun Ammar ke?" Soal hero kecil dengan mulut yang masih dipenuhi bihun goreng.
"Yup... tapi uncle Ammar saja...." jawab Ammar lalu mengusap kepala hero kecil.
Ammar Hakimi sekadar menyengih..

"Iman jadi pergi tak ni?" Soal Anisah semula.
"Terpaksa lah kak yong, kalau tak pergi, nanti jadi apa-apa susah pulak... along cutilah ye hari ni.. temankan Iman pegi hospital tu." rayu Iman. Mengharap simpati dari Iman Azri. BUkan dia tak ada lesen, tapi memandu ke pekan sesak amatlah dibencinya. Sebab itu dia berulang alik dari Kampar ke Ipoh dengan menaiki bas setiap hari ke pejabatnya.
"Sori dik... along ada important meeting hari ini... kalau takut bawak kereta besar awak tu, bawak je kereta kak yong..."
"ala.. along ni... " Iman mencebik. Dia benar gelisah. Dia benar-benar sedih kali ni. Terasa sungguh hatinya dengan alasan alongnya. Tidak semena-mena air matanya keluar tanpa segan silu. Semua yang ada terkejut dengan keadaan Iman.
"Ummi nangis lagi? Malam tadi dah nangis puas-puas, pagi ni nangis lagi pulak..." ujar hero kecil.
"Kenapa ni?" Soal Iman Azri, lembut. Dia bangun lalu menarik kerusinya ke sebelah Iman. Mengusap belakang Iman seolah-olah memujuk seorang anak kecil. Lagi kuat tangisan Iman. Dia lupa, selain hero kecil, Anisah dan Iman Azri,  ada seorang lagi disitu yang tekun menyaksi drama sebabak di pagi hari.
"Along tau tak... Iman letih dengan semua ni... semalam, Iman dapat surat transfer ke KL, pas tu dapat call dari kak yong pasal Ammar. Kalau Iman pergi KL, Iman nak duduk dengan sape kat sana. Ammar macam mana? Takkan Iman nak tinggalkan Amamr kat sini. Along tau tak, IMan cukup allergik drive kat tempat-tempat sesak macam pekan Ipoh tu, Hospital Ipoh tu pun Iman tak pernah masuk. Ni nak pegi jumpa doktor pakar segala. Along pulak macam-macam... langsung tak kesian kat Iman." bertambah sedu sedan Iman. Walau dengan air mata yang mengalir, suaranya tetap dapat difahami oleh orang sekeliling.
Iman Azri tersenyum, mengangguk-angguk kepala.
Anisah sekadar menongkat dagu, mendengar keluh kesah adik ipar kesayangannya itu.
Hero kecil tidak ambil peduli kerana sejak dia mengenali umminya itu, tangisan ummi dan tangisan dia sama banyak saja.
Ammar terkedu. Kesiannya gadis manis ni. Getus hati kecilnya.
Dia masih keliru dengan hubungan gadis manis dan hero kecil. Kenapa pulak hero kecil panggil gadis manis itu Ummi, kenapa pulak gadis manis itu risaukan keadaan hero kecil itu. Iman Azri memperkenalkan kepada dia bahawa hero kecil itu adalah hero dia. Ammar membiarkan segala persoalan yang berlegar di kepala nya itu tertanam disitu. Satu masa nanti, pasti ada jawapannya.

"Saya boleh temankan Iman..." tawar Ammar.
Iman mengangkat kepala, memandang jejaka tamfpan yang baik hati itu. Tak sangka tuhan masih mengizinkan dia untuk bertemu lagi dengan jejaka yang mula mendapat tempat dihati. Fikirnya, semalam adalah hari bertuah dalam hidupnya dan dia tidak akan bertemu lagi dengan jejaka itu.
"Selesai masalah adik sayang along kan?" ujar Iman Azri.
"Dah, jangan nangis lagi. Ammar temankan Iman bawak Ammar ke hospital Ipoh. Ammar akan uruskan semuanya untuk Iman. Iman cuma perlu ikut saja."

No comments:

Post a Comment